Thursday 19 December 2019

RUMAH PERSEKUTUAN FRASER HILL

Hi semua...

Penghujung 2019 dah baru nak teringat pasal blog ni.  Nak share pasal rumah persekutuan fraser hill yang kami pergi pertengahan tahun ni. Sebelum pergi banyak sangat baca cerita tentang Rumah Persekutuan ada gangguan so kita pergi ni takut juga sebab dia satu banglo besar yang ada banyak bilik.

Sebelum sampai ke rumah ni, kita kena isi details kita kat gate masuk yang ada satu pondok kecik. after isi details mereka akan bagi kunci. Masa ambik kunci tu sempat tanya juga kat kakak tu, ada orang lain tak kak duk situ, rasa takut nak duk sorang2. kakak tu cakap ada satu couple juga, x de apa la kat sini. Orang je datang fikir macam2 tu. jangan risau.

So lepas ambik kunci, parking kereta kat bawah banglo je, parking tepi banglo pun banyak juga. kami duk Banglo A, bilik atas.  Bilik dia ngam2 2 katil queen, ada TV (rosak tak boleh guna), bilik air dalam bilik ngan heater dan ada balcony.  Balcony nampak playground n hutan sikit.

Balcony

Kami stay 1 hari je kat sini. Makan kena turun makan kat dining hall tapi kami makan je kat balcony ( janji bersihkan dan buang sampah semua kat bawah). ada kitchen tapi tak boleh masak rasanya. ada microwave kut (lupa sebab tak guna). Kat luar banglo ni ada kemudahan BBQ pit juga.  Memang kita rasa seram sikit sebab banglo besar ada bilik2 je, tapi seriously Thank God kami tak kena apa2 gangguan langsung seperti dalam cerita pasal rumah ini kat blog2 lain. 

Overall rumah persekutuan ini sangat bes, udara nyaman, sangat aman dan damai.  Masa check out pulang balik kunci kat pondok yang kita check in tu dan sign borang semua.  Selepas sebulan dua dapatlah deposit RM50 yang kita bayar masa booking bilik ni online.

Dapur

Tangga ke bilik2

Dining hall

Hall kat bawah


No comments:

Post a Comment

Peace Love Laughter 2019

Hi frens 💋 We are at the edge of 2019 and eagerly waiting for 2020 where we can see cars flying on the air😆.  Of course 2019 has been ...