Monday 4 September 2017

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN - PUTERI BEACH RESORT PORT DICKSON

Puteri Beach Resort

Welcome back to reality after 5 days free leave.  

Entry hari adalah tentang percutian saya di Port Dickson menggunakan rumah peranginan persekutuan.  First day kita orang tinggal di rumah peranginan persekutuan Puteri Beach Resort dan hari kedua di Eagle Ranch.  Pasal Eagle Ranch rasa boleh google2. Saya nak share pasal macam mana nak apply Rumah peranginan persekutuan ni sebab mungkin ada yang dah tahu tapi saya baru ambik tahu lepas 15 tahun bekerja 😁.

Untuk apply rumah peranginan persekutuan ni anda perlu register dahulu di http://www.bph.gov.my  selepas register anda boleh lihat semua lokasi dan rate untuk hotel2 tersebut mengikut kelayakan atau gred. Compare to original price memang sangat berbaloi.


Selepas log in click di bahagian RP Premier / Eksekutif - tempahan baru.   Dari situ akan ada paparan mengikut kelayakan kita.  Dari situ tekan button pilih dan akan keluar jenis unit dan harga.  Hari tu saya memilih Studio Apartment dan harga dia adalah RM90 SAHAJA.  Kalau kita book melalui http://puteribeachresort.wixsite.com harga untuk studio apartment adalah Weekday (RM200) dan weekend (RM300) dan government/ corporate rate di mana weekday (RM185) dan weekend (RM300).  Memang sangat berbeza walau ada goverment rate.  


 
Selepas membuat tempahan jangan lupa buat bayaran.  saya menggunakan online banking untuk membuat bayaran. selepas anda membuat bayaran akan keluar status telah dibayar di senarai rekod.  Click cetak di senarai rekod sebagai bukti pembayaran dan wajib bawa ke Hotel semasa check in. Cetak dari website BPH ya  bukan bukti pembayaran dari online banking tu.


 Untuk confirmation try call hotel dan bagi tahu anda membuat booking melalui bph dan pastikan nama anda untuk date yang dibook ada.  Untuk Puteri Beach Resort ni kita kena bayar deposit RM200 semasa check in dan boleh dapat balik duit tu masa check out.  Bilik sangat puas hati sangat besar.  kalau bawa toto, boleh kut tumpang lagi beberapa orang tido dalam tu.  Bilik air biasa je ngan basic sabun dan lotion. Ada water heater tapi unfortunately kami punya tak berfungsi, oleh kerana malas nak turun bawah untuk complain kami mandi je air sejuk.  Masa chek out lupa pula nk bagi tahu kat reception.
Bilik Studio

Hotel ini memang sebelah pantai je. Jalan kaki je boleh sampai. Ada swimming pool yang besar juga la. Tv kapcai biasa je. Tak pasti ada astro ke tak sebab kami tak buka tv. Air cond ada. Dilarang masak di dalam bilik. Jug masak air dan iron juga disediakan.

View dari bilik

Overall sangat puas hati menggunakan rumah peranginan persekutuan ini.  Next nak try Morib pulak. Cari date2 yang sesuai dan available.

No comments:

Post a Comment

Peace Love Laughter 2019

Hi frens 💋 We are at the edge of 2019 and eagerly waiting for 2020 where we can see cars flying on the air😆.  Of course 2019 has been ...